Fazura nekad mahu bercerai, demi maruah sebagai wanita & kesejahteraan anak

LocalEntertainment
25 Sep 2024 • 2:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Nur Fazura nekad mahu bercerai dengan suami yang juga aktor, Fattah Amin demi maruahnya sebagai seorang wanita.

Jelas aktres berusia 41 tahun, keputusan yang dibuat pada 13 September lalu juga turut melibatkan kesejahteraan anak, Nur Fatima Aisya, 4.

image is not available

Fazura nekad mahu bercerai

Menerusi hantaran di Instagram sebentar tadi, Fazura juga memohon orang ramai mendoakan proses perceraian mereka dipermudah dan berjalan lancar.

“Pada hari ini, Faz (Fazura) nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz.
“Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar.
“Terima kasih sekali lagi atas kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga,”tulisnya di Instagram.

image is not available

Keputusan dibuat maruah wanita

Dalam hantaran yang sama, Fazura turut menitipkan ucapan penghargaan buat mereka yang tidak putus memberi kata semangat.

Jelasnya lagi, dia mengambil keputusan selepas mempertimbangkan masa depannya bersama Fatima.

“Pertama sekali, Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat, bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu lalu.
“Alhamdulillah dan terima kash sekali lagi kepada semua. Keputusan yang Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz,”ujarnya.

image is not available

Sebelum ini, media melaporkan Fattah belum bersetuju untuk melepaskan Fazura semasa sebutan kes permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pagi tadi.

Mahkamah kemudian menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti itu ke tarikh baharu pada 7 Oktober ini.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.