Fattah Amin jual baju eksklusif di live TikTok, habis diborong dalam masa 1 minit!

LocalEntertainment
12 Nov 2024 • 5:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Fattah Amin jual baju

Pelakon, Fattah Amin jual baju eksklusif di live TikTok miliknya telah mendapat sambutan hangat apabila ia habis terjual dalam masa dua minit sahaja.

Menerusi rakaman video siaran langsung tersebut, ‘merchandise’ eksklusif yang dijual berupa T-Shirt tersebut telah diborong oleh pengguna media sosial yang menonton live berkenaan semalam.

Fattah Amin jual baju, beberapa pilihan warna ditawarkan

Dalam live tersebut, dia telah melancarkan merchandise berbentuk T-Shirt dengan beberapa pilihan warna termasuklah biru biru, coklat dan hitam dengan harga RM74.

Ujar pelakon tersebut, baju T-Shirt eksklusif yang dikeluarkan olehnya boleh digayakan lelaki mahupun perempuan memandangkan ia direka secara ‘oversize’.

image is not available

Fattah Amin jual baju, sold out dalam masa seminit?

Dalam masa beberapa minit sahaja, pelakon filem Pendekat Awang: Darah Indera Gajah itu meluahkan rasa syukur apabila T-Shirt tersebut ‘sold out’ dan ramai yang menyatakan tidak sempat mendapatkan merchandise istimewa berkenaan.

Difahamkan, menerusi ruangan komen yang diperoleh dari TikTok PAQ beuty, ada yang menyatakan bahawa merchandise tersebut terjual sebanyak 7,125 helai pada waktu siaran langsung tersebut.

image is not available

Aura Fattah Amin memang luar biasa

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tumpang gembira dengan apa yang dilakukan oleh aktor kacak berkenaan dan berharap supaya dia terus dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.

Mereka juga terkejut dan kagum apabila ramai yang menonton siaran langusng Fattah Amin dan merasakan aura pelakon itu memang luar biasa sejak kerap muncul di media sosial mempromosikan pelbagai produk.

image is not available

Patutla produk dia promote untung juta2

image is not available

Pembuka rezeki ramai

image is not available

Sekadar info, sejak pelakon itu sah berpisah dengan selebriti terkenal, Fazura pada awal Oktober lalu, dia dilihat terus maju ke hadapan dengan mempromosikan pelbagai produk.

Namanya kembali menjadi sebutan sehingga meraih jutaan tontonan di siaran langsung TikTok buat kali pertama sehingga dia sendiri terkejut dengan sokongan yang diberikan peminat kepadanya.

Sumber: TikTok PAQ beut