Netizen Buat Perbandingan, Dakwa Lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ Seakan OST ‘Syurga Yang Tak Dirindukan 2’?

12 Nov 2024 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Lagu duet bekas pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’ didakwa sama seperti salah satu runut bunyi (OST) filem popular Indonesia iaitu Surga Yang Tak Dirindukan 2.

Melodi sama

Seorang pengguna di platform TikTok memuat naik video kedua-dua lagu tersebut dengan membuat perbandingan pada bahagian korus.

 

“Patut macam pernah dengar ya. Tapi dua-dua best,” tulis individu tersebut.

 

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat individu tersebut memandangkan kedua-dua lagu tersebut mempunyai melodi yang sama.

 

“Mula-mula saya dengar pun macam lagu Surga Yang Tak Dirindukan.

 

“Aku dah lama perasan tapi bila cakap kena kecam balik.

 

“Me too! Lagu Fazura remind me of the Syurga Yang Tak Dirindukan punya OST!” komen beberapa netizen.

 

Bagaimanapun terdapat segelintir netizen yang menganggap melodi lagu tersebut hanya lebih kurang sama memandangkan ia turut dirakam di Indonesia.

 

 


Untuk info, lagu pertama berjudul Surga Yang Kurindukan nyanyian Laudya Cinta Bella dan Wafda merupakan hasil ciptaan komposer terkenal iaitu Melly Goeslaw.

 

Manakala lagu Fazura bersama Fattah itu pula ditulis oleh penyanyi dan komposer Ippo Hafiz.