Fattah Amin Dilantik Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western, Netizen Ucap Tahniah!

Entertainment
20 Nov 2024 • 3:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Fattah Amin dilihat melakukan sesi live di TikTok bersama jenama makanan sejuk beku tempatan, Pak Mat Western.

Pelakon filem Pendekar Awang itu turut menjadi bualan ramai apabila dia menginfakkan komisen jualannya ketika sesi live itu.

Terbaru, sebuah kenyataan dari Nur Qaiyum Muhamad yang merupakan Pengarah Urusan Pak Mat Western mengejutkan ramai di mana, Fattah kini dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran bagi jenama itu.

Dalam pengumuman itu, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fatah Mohd Amin difahamkan akan merancang dan melaksanakan pembangunan, perkembangan serta kemajuan strategi jualan dan pemasaran usahawan melalui media massa serta media sosial Pak Mat Western.

“Sebarang makluman mahu pun penambahbaikan pengurusan akan diterang jelas kepada usahawan dari masa ke semasa mengikut strategi dan pemasaran baharu.

Saya berharap pelantikan ini dapat memberi satu pembaharuan perniagaan yang lebih efektif dan efisyen dalam pembangunan usahawan kini,” tulisnya.

“Rezeki di sebalik ujian”

Pengumuman itu menerima ucapan tahniah daripada netizen serta ramai yang mengucapkan semoga berjaya kepada pelakon itu.

image is not available

Wah, semoga maju jaya Fattah!

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.