Fattah Amin Kongsi Video Fatima Gembira Video Call Dengan Nenda

EntertainmentFamily & Parenting
12 Aug 2025 • 11:05 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia fattah

Pelakon popular Fattah Amin tampil menenangkan peminat selepas tular beberapa spekulasi melibatkan anaknya, Nur Fatima Aisya.

Menerusi perkongsian di media sosial, Fattah memaklumkan bahawa Fatima berada dalam keadaan baik dan ceria bersama keluarga.

Dalam hantaran tersebut, Fattah berkongsi video Fatima sedang video call dengan neneknya yang dipanggil Nenda.

Tiada isu, tengah bincang rancang percutian

Perkongsian itu seolah-olah menjawab pelbagai komen dan andaian netizen di media sosial. Ramai yang dilihat bimbang dengan keadaan Fatima susulan isu yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Fattah dalam nada bersahaja memberi jaminan bahawa anaknya berada dalam keadaan gembira, malah sedang berbincang bersama keluarga untuk bercuti ke destinasi impian kanak-kanak, Disneyland.

Netizen bertelagah di Threads

image is not available

Terdahulu, netizen di Threads bertelagah mempersoalkan luahan yang dibuat Fatima kepada Fazura. Mereka juga mempersoalkan mengapa Fattah sebagai bapa langsung tidak mempertahankan anaknya.

Pssttt! Kadang-kadang netizen cepat sangat membuat andaian tanpa mengetahui cerita sebenar. Yang penting, Fatima nampak bahagia dan keluarga pun akrab.

Kredit: Instagram Fattah Amin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.