Netizen Dedah Individu Sakan Kutuk Fazura Rupanya Adik Ipar Raihan Amin – “Lebih Sudu Dari Kuah”

LocalEntertainment
12 Aug 2025 • 10:26 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kecoh sejak semalam apabila pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura tampil mempertahankan diri gara-gara kisah anaknya, Fatima Aisya dikecam hebat sesetengah individu.

Difahamkan, seorang individu dipercayai saudara terdekat bekas suami Fazura iaitu Fattah telah menyebarkan kebencian gara-gara isu melibatkan Fatima Aisya bersama nendanya.

Terbaru, Fazura tampil bertanyakan sama ada dia dan Fatima pernah membuat masalah terhadap individu tersebut sehinggakan mereka dikecam hebat di media sosial Threads.

Menjengah ke ruangan komen hantaran yang tular itu, seorang pengguna Threads mendakwa individu berkenaan adalah adik ipar kepada adik Fattah Amin iaitu Raihan Amin.

Berikutan itu, ramai menganggap tindakan wanita tersebut seolah-olah ‘lebih sudu daripada kuah’ dan mempertahankan Fazura daripada kecaman.

image is not available image is not available

image is not available

Malah, ada yang menyarankan Fazura untuk menyaman sahaja individu tersebut kerana tindakan ‘membuli’ anaknya Fatima di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-12 08:57:19

"'Title' Awak Atas Anak Saya, Tak Bermakna Kamu Ada Hak Mutlak" - Posting Fazura Undang Perhatian Ramai