Fattah Amin tetap berpegang pada kenyataan sebelum ini, masih sayangkan Fazura

LocalEntertainment
25 Sep 2024 • 11:26 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelakon sensasi, Fattah Amin tetap berpegang pada kenyataannya sebelum ini dimana masih sayangkan isterinya, Nur Fazura.

Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, dia memberitahu tidak berlaku sebarang lafaz talak ketika ketika prosiding sebutan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, hari ini.

Fattah Amin tetap berpegang

image is not available

“Asalamualaikum semua, alhamdulilah permudahkanlah urusan hari ini dan saya mohon doa daripada semua untuk doakan yang terbaik untuk kami.

“Saya masih lagi berpegang pada kenyataan saya sebelum ini, masih sayangkan Fazura. Tidak terjadi juga sebarang lafaz talak,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie Zulkifli Che Yong yang mewakili Fattah berkata aktor tersebut masih belum bersedia untuk bercerai dengan isterinya.

Pada masa sama, Zulkifli berkata, perbicaraan selanjutnya akan berlangsung pada 7 Oktober depan.

Fattah Amin tetap berpegang

image is not available

“Fattah belum bersetuju untuk bercerai secara baik kerana pihak-pihak dalam kes ini sedang cuba untuk memuktamadkan terma-terma bagi menyelesaikan secara baik isu-isu yang berkait semasa perkahwinan sekiranya berlaku penceraian.

“Jadi perkara tersebut adalah perlu untuk pihak-pihak sekiranya untuk menyelesaikan kes ini secara baik dimuktamadkan terlebih dahulu agar pihak-pihak selepas ini tidak perlu memanjangkan lagi apa-apa perkara belum selesai.

“Saya harap kedua-dua belah pihak dapat selesaikan dengan baik dan terma persetujuan dapat dimuktamadkan. Sekiranya demikian, pihak defendan akan menyatakan pendirian dia pada 7 Oktober ini untuk bersetuju penceraian secara baik,” ujarnya.

image is not available

Terdahulu, nama pasangan yang masing-masing membintangi drama Hero Seorang Cinderella itu menjadi bualan hangat peminat apabila tidak lagi berkongsi gambar bersama di laman sosial Instagram masing-masing.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.