Faye Kusairi Nafi Kereta Rosak Angkara Along, Rupanya Sebab Bumbung Balkoni Kondo Jatuh

Entertainment
27 Mar 2025 • 12:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dugaan menjelang Aidilfitri, pelakon Faye Kusairi berkongsi berita sedih mengenai kenderaan miliknya telah rosak teruk di laman Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi memaklumkan kerosakan itu berpunca selepas bumbung balkoni kondominium kediamannya roboh lalu menghempap bahagian cermin keretanya.

Ujar pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku’ itu, bukan hanya keretanya tetapi beberapa buah kenderaan milik jirannya turut menerima nasib sama.

“Sekitar pukul 4 petang (Rabu), salah satu bumbung balkoni dari tingkat tiga bangunan kondominium kami ini roboh (besar kemungkinan kayu bumbung itu reput atau sudah lama).

“Jadi semua jenis konkrit berat dan kayu jatuh pada kereta saya dan juga jiran yang lain,” katanya.

image is not available

Faye turut menunjukkan gambar di lokasi kejadian yang memperlihatkan cermin hadapan pecah teruk.

Dalam perkongsian itu, Faye juga menafikan tuduhan segelintir netizen yang mendakwa dia membuat pinjaman dengan along yang mencetuskan perbuatan khianat.

image is not available

“Usahlah yang mana kata hutang along ke, orang khianat ke, atau apa-apa yang negatif.

“Sudah-sudahlah. Aku ini manusia jenis lambat lagi kacau orang ke, buat onar ke buat jahat.

Walaupun reda denga ujian yang dihadapi, Faye juga tidak mampu menyembunyikan perasaan sedih memandangkan kereta itu menjadi sumber rezeki buat keluarganya.

“Aku ni sedihlah, mana lagi lagi dah dekat raya, perlu pakai duit yang banyak. Kita ni nak berlakon lambat lagi nak masuk set baharu.

“Berniaga pun sendu-sendu pada musim Ramadan ini. Yelah Nasi Ayam ini bukan sejenis makanan dinner, lebih sesuai makan tengah hari.

“Nak balik kampung nak berjalan itu semualah. Sedih tapi aku reda,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia berharap orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.