“Izinkan saya menangis kegembiraan” – Bapa Derma Buah Pinggang, Doktor Bersyukur Pemindahan Berjaya

Entertainment
22 Nov 2024 • 1:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini tular di TikTok mengenai seorang bapa yang sanggup berhenti merokok demi mendermakan organ buah pinggang kepada anaknya yang menderita akibat kegagalan buah pinggang sejak empat tahun lalu.

Video terbabit telah mengundang sebak netizen yang melihat pengorbanan seorang bapa kerana tidak mahu melihat anaknya yang juga seorang doktor menanggung kesakitan.

Pemindahan buah pinggang berjaya

Dalam perkembangan terbaharu, pesakit iaitu Dr Zulkifli Ayub meluahkan rasa syukur apabila pembedahan pemindahan buah pinggang yang dijalaninya dan bapa pada Selasa lalu berjaya.

image is not available

Dr Zulkifli menyatakan dia kini tidak perlu lagi menjalani rawatan dialisis selepas menerima buah pinggang baharu daripada bapanya.

“Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar pada 19/11/24. Hari ini hari kedua post operation, buah pinggang sebelah kiri ayah saya diambil dan dimasukkan ke kepada saya.

“Saya berada dalam dewan bedah selama 8 jam. Dari 7 pagi hingga 3 petang, saya sedarkan diri pada pukul 6 petang.

“Selepas 4 tahun berjuang berdialisis. Akhirnya saya tidak perlu lagi. This is new beginning of life without dialysis,” kongsinya.

image is not available

Dia turut memberitahu kini boleh menghasilkan sejumlah air kecil yang banyak, hampir 3 liter setiap hari berbanding sebelum ini.

Sementara itu, bapanya juga dalam keadaan baik seperti sudah boleh berjalan dan makan selepas pemindahan tersebut.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli berterima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakannya dan menyeru untuk menjadi pendaftar organ supaya dapat membantu ahli keluarga yang memerlukan.

“Terima kasih atas doa semua, izinkan saya menangis kegembiraan walaupun dalam kesakitan.

“Daftarlah sebagai penderma organ. Jika ada anak, suami, isteri, adik beradik yang sakit seperti saya dermalah untuk mereka for better quality of life,” tambahnya lagi.

image is not available

Memetik laporan Harian Metro, bapanya berhenti merokok sejak tiga bulan lalu bagi menjalani saringan kesihatan dan melayakkan dirinya sebagai penderma organ.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.