Fazura Belum Terfikir Nak Cari Pengganti - “Rasa Macam Baru Sahaja Bercerai…”

21 Jun 2025 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura masih belum terfikir untuk mencari pengganti meskipun sudah lapan bulan bercerai dengan bekas suaminya, Fattah Amin. 
 

Tak terfikir cari pengganti

Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, berkata biarpun sudah lapan bulan memegang status sebagai janda namun dia merasakan perceraian itu seperti baru berlaku.


 

"Saya tak pernah terlintas langsung untuk mencari pengganti. Kerana saya rasa macam terlalu cepat dan awal untuk saya cari pengganti. Saya rasa macam baru sahaja bercerai.

 


"Tetapi sudah tentu ada ramai peminat yang mendoakan saya. Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik untuk saya. 


 


"Cuma seperti yang saya katakan, buat masa ini saya belum terfikir untuk mencari pengganti. Fokus saya adalah untuk anak saya, Nur Fatima dan bisnes," ujarnya.


 


Fazura berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan eksklusif muzik video single terbaharu Fazura bersama Ade Govinda berjudul Luar Biasa bertempat di Aurum, TRX pada Jumaat.


 

Lebih selesa hidup sebagai ibu tunggal

 


Dalam pada itu, ketika ditanya adakah mana-mana lelaki yang cuba untuk mendekatinya, kata Fazura perkara itu tidak pernah berlaku.


 


"Tak ada pun," ujarnya.

 


Tambah pelakon cantik ini lagi, dia lebih selesa hidup sebagai ibu tunggal.


 

"Sejujurnya saya sangat gembira, tenang dan lega dengan kehidupan sekarang. Saya rasa selesa. Biarpun ramai yang bertanya nak tak mahu ke cari pengganti," kongsinya. 

 


Untuk rekod Fazura sah bercerai talak satu dengan Fattah Amin pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. 


 


Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 5 tahun.