Fazura Dapat Hak Jagaan Anak Sepenuhnya, Fattah Amin Diberi Hak Lawatan Bermalam 2 Kali Sebulan

Entertainment
12 Nov 2024 • 1:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon Fattah Amin bersetuju untuk memberikan hak penjagaan anaknya iaitu Nur Fatima Aisya kepada bekas isterinya, Nur Fazura.

Memetik laporan Kosmo!, Fatima Aisya diserahkan kepada Fazura manakala Fattah mempunyai hak lawatan tiga kali seminggu dan bermalam dua kali sebulan.

Difahamkan, Fattah dan Fazura hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini bagi merekodkan persetujuan hak penjagaan anak perempuan yang baru berusia empat tahun itu.

Menurut peguam yang mewakili Fattah iaitu Zulkifli Yong Azmi, persetujuan mengenai hak penjagaan anak telah pun dilakukan sewaktu proses perceraian awal Oktober lalu.

“Hak penjagaan dan lawatan telah pun dipersetujui sebelum ini dan telah direkodkan sebagai perintah mahkamah. Hak penjagaan Fatima diberikan kepada Nur Fazura selaku ibu.

“Manakala Fattah mempunyai hak lawatan tiga kali seminggu dan hak bermalam bersama Fatima dua kali sebulan setiap hari Jumaat hingga Ahad,” katanya.

Jelas peguam, sekiranya terdapat pelanggaran dalam perjanjian hadanah tersebut mereka berhak mulakan prosiding penghinaan mahkamah.

image is not available

Sementara itu Fazura menyatakan rasa syukur kerana segalanya telah selesai manakala Fattah enggan ditemu bual pengamal media.

 

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan bercerai pada 7 Oktober lepas.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.