Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

LocalEntertainment
13 Sep 2024 • 1:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. – Gambar fail

KUALA LUMPUR – Keretakan rumah tangga pasangan pelakon popular Fazura dan Fattah Amin mula diperkatakan oleh peminat apabila mereka tidak lagi berkongsi gambar pasangan masing-masing di akaun media sosial.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dilapor memfailkan perceraian terhadap Fattah, 33, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam hari ini.

Perkembangan terbaharu ini membuktikan desas-desus pergolakan rumahtangga pasangan itu adalah benar. Namun, sumber yang mengesahkan permohonan cerai ini tidak mendedahkan butiran terperinci.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup di Ritz Carlton Hotel Kuala Lumpur.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. – Getaran, 13 September, 2024
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved