“Macam takde common sense” – Muat Naik Gambar Dengan Fattah Amin, Wanna Ali Dikecam Netizen

Entertainment
13 Sep 2024 • 3:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tengah hari tadi, industri hiburan tanah air kecoh memperkatakan mengenai pergolakan rumah tangga pasangan pelakon terkenal, yang mana dikatakan Nur Fazura telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin.

Meskipun sumber tidak mendedahkan secara terperinci sebab di sebalik perceraian tersebut, ramai di kalangan netizen sudah mulai berspekulasi dan ada juga yang meninggalkan komen simpati di media sosial pelakon wanita itu.

image is not available

Wanna Ali dikecam sebab muat naik gambar dengan Fattah?

Namun begitu, tak semena-mena Instagram pelakon Wanna Ali diserang netizen sebentar tadi, gara-gara memuat naik gambar bersama Fattah Amin untuk mempromosi drama lakonan mereka bertajuk Lelaki Melayu Terakhir.

Menerusi posting itu, dapat dilihat Wanna memakai baju pengantin dan bergambar di sisi Fattah yang berbaju Melayu berona pink dengan kain ridak di bahu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wanna Ali (@wannaali_)

“Pompuan ni macam tak ada common sense langsung”

Perkongsian itu telah menerima kecaman dari netizen yang menyifatkan tindakan Wanna memuat naik gambar itu sebagai tidak sensitif selepas tersebarnya berita kes perceraian pasangan itu.

image is not available

Walau bagaimanapun, ada yang mengatakan kemungkinan besar pelakon itu tidak sedar akan perkara yang berlaku dan hanya menjalankan tugas dalam mempromosi drama.

image is not available

Apa-apapun kita doakan semoga urusan Fattah dan Fazura dipermudahkan. Doa yang terbaik sajalah untuk rumah tangga mereka.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.