Fazura Kongsi Kenangan Bersama ‘Cinta Pertama’, Netizen Nasihat Minta Berbaik Semula Dengan Suami

LocalEntertainment
27 Sep 2024 • 1:44 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Fazura Fattah Amin

Apa saja perkongsian terbaru pelakon jelita, Fazura pasti akan tarik perhatian ramai tambah lagi selepas pelakon itu nekad dengan keputusannya untuk berpisah dengan suaminya, Fattah Amin.

Terbaru! Menerusi Instagram, Fazura memuat naik satu video kenangan dirinya bersama cinta hatinya dengan kapsyen hanya meletakkan emoji ‘hati yang dibaluti luka’ bersama bunga.

Bukan tu jer, Fazura juga meletakkan lagu berjudul ‘Di saat sendiri’ nyanyian kumpulan Dadali cukup menunjukkan betapa rindunya pelakon itu kepada arwah ayahnya.

Kalau korang tengok ruangan komen, ada segelintir netizen faham akan perasaan Fazura yang rindukan bapanya dan ada juga yang berkata begitu juga perasaan yang akan anaknya, Fatima lalui.

image is not available

Bukan tu jer, ada juga yang menasihati pelakon jelita itu agar berbaik semula dengan Fattah Amin selain mencadangkan cara-cara untuk perbaiki hubungan mereka sekiranya sudah tawar hati atau sebagainya.

image is not available

image is not available

Apapun, semoga yang baik-baik saja buat pasangan selebriti ini. Kita hanya mampu doakan yang terbaik saja buat mereka.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Fazura