Fazura kongsi video AI peluk arwah bapa, peminat sedih minta terus kuat

LocalEntertainment
26 Sep 2024 • 10:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Fazura kongsi video AI

Selebriti terkenal, Fazura kongsi video AI seakan-akan memeluk allahyarham bapanya dengan hanya meninggalkan kapsyen ringkas emoji berbentuk hati yang seakan terluka serta bunga mawar.

Dalam hantaran tersebut, Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40 turut menyertakan sekali lagu Disaat Sendiri, nyanyian asal band Dadali dari Indonesia.

Instagram will load in the frontend.

Fazura kongsi video AI sedang peluk arwah bapa

Dalam video yang telah disunting menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI), dapat dilihat Fazura dan allahyarham bapanya, Sharifuddin bin Adnan saling berpeluk walaupun ia adalah sekeping gambar yang diambil sewaktu mereka sedang berada di luar negara.

image is not available

Fazura kongsi video AI, likes komen tentang ‘satu-satunya lelaki yang tak pernah lukakan hati

Dalam hantaran tersebut juga, pelakon terbabit juga turut meninggalkan tanda suka di satu komen yang menyatakan bahawa satu-satunya lelaki yang tidak pernah melukai kita adalah bapa tersayang.

image is not available

Peminat minta Fazura tidak bersedih

Perkongsian tersebut telah membuatkan para peminatnya turut bersedih lebih-lebih lagi dengan situasi yang sedang dihadapi ketika ini.

Mereka berharap agar Fazura terus kuat dan dapat memikirkan sebaiknya keputusan yang ingin diambil melibatkan perkahwinan bersama aktor kacak, Fattah Amin.

image is not available

Semoga terus kuat

image is not available

Saat Fazura rindu ayah, begitu juga Fatima nanti

image is not available

Utamakan diri dan kesihatan mental dulu

image is not available

Sekadar info, Fazura telah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya nekad untuk meneruskan keputusan yang telah diambil pada 13 September 2024 lalu dimana dia menfailkan tuntutan penceraian terhadap Fattah Amin.

Walau bagaimanapun, aktor berkenaan tidak mahu perkahwinan mereka berakhir kerana mengakui masih lagi menyayangi isteri serta anak mereka Fatima Aisya.

Sumber: Instagram missfazura