“Kuat dan tabah” – Fazura Kongsi Foto Hitam Putih Peluk Fatima

Entertainment
13 Sep 2024 • 4:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini kecoh mengenai perkhabaran pelakon Nur Fazura telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Susulan berita itu, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, dilihat memuat naik hantaran dia memeluk anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.

Foto yang diwarnakan hitam putih itu dimuat naik menerusi akaun Instagram @fattzuralovelife. Difahamkan, akaun tersebut mengenai kehidupan seharian Fazura dan Fattah bersama anak mereka itu.

Dalam hantaran itu, Fazura turut menulis kata-kata perangsang daripada seorang ibu semoga anaknya cekal mengharungi cabaran hidup yang mendatang.

“Kuat dan tabah. Itulah sifat yang ada padamu apabila dewasa nanti,” tulisnya.

image is not available

Terdahulu, Fazura juga memuat naik hantaran hitam putih di Instagram miliknya dengan kata-kata hikmah mengenai perjalanan hidup.

Ramai netizen membanjiri ruangan komen gambar itu dengan memberikan sokongan dan mendoakan yang terbaik buat aktres berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Netizen serang IG Fattah Amin

Sementara itu, akaun media sosial Fattah Amin turut menjadi tumpuan netizen apabila ramai mahu mendapatkan penjelasan mengenai perkhabaran isterinya memfailkan perceraian.

Dapat dilihat, netizen seperti kecewa dan menyalahkan Fattah dengan mendakwa dia punca rumah tangga mereka bergolak.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.