
PETALING JAYA – Kemesraan dua pelakon Fazura dan Que Haidar kembali mencuri tumpuan khalayak apabila mereka mengadakan siaran langsung (live) bersama-sama hingga membuatkan peminat tidak senang duduk.
Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 43, berkongsi keadaan teman tapi mesranya itu yang kurang sihat semasa siaran langsung terbabit.
“Kita belanja siapa yang merindui Abang Que Haidar kita.
“Abang demam hari ini,” katanya sambil memakaikan mikrofon pada Que.
Suasana siaran langsung tersebut turut menghiburkan penonton apabila kedua-duanya secara spontan saling berbalas panggilan manja.
“Hi b (singkatan untuk baby),” ujar pemilik nama Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar sambil disambut Faz dengan ungkapan ‘yang’ barangkali membawa maksud sayang.
Dalam masa sama, pelakon filem Gol & Gincu itu memaklumkan mereka berdua kini sedang sibuk menjalani penggambaran dan berseloroh tentang nasi minyak.
“Kami berdua memang sibuk, masing-masing menjalani penggambaran filem.
“Kalau nak nasi mintak, boleh beli di kedai ada banyak sementara ada nasi minyak lain,” jelasnya.
Sebelum ini, kemesraan hubungan Que dan Fazura menjadi bualan ramai selepas kedua-duanya dilantik sebagai duta dan bekerjasama mempromosikan sebuah jenama tesktil tempatan.
Hubungan mesra mereka turut membuatkan ramai mula ‘menjodohkan’ pasangan sahabat itu selain tercetus tanda pagar #QuelaFaz
Bagaimanapun, Que menegaskan hubungannya bersama Fazura ketika ini tidak lebih sekadar sahabat baik. – KOSMO! ONLINE
The post Fazura, Que Haidar ‘ber-baby’, ‘bersayang’ di siaran live appeared first on Kosmo Online.


![[VIDEO] ‘Patutlah bas senget, memandu sambil tengok live’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/pemandu-bas-viral-1024x575.jpeg)