![Image from: [VIDEO] ‘Patutlah bas senget, memandu sambil tengok live’](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/pemandu-bas-viral-1024x575.jpeg)
PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu bas ekspres menonton siaran langsung (live) ketika memandu mendapat kecaman daripada pengguna di media sosial.
Ini kerana dakwa mereka, tindakan itu bukan sahaja berbahaya malah boleh menyebabkan kemalangan dengan kenderaan lain.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Caachi7768 mendakwa, aksi pemandu itu dirakam ketika dia berada di dalam bas tersebut.
“Aku pelik je bila tidur bas senget, pemandu gelak je asyik tengok arah kanan. Rupanya tengok live ni gila betul,” tulis individu tersebut.
Berdasarkan klip video yang dikongsi, kelihatan pemandu tersebut sedang menonton live pada telefon bimbit yang diletakkan pada pada sisi kanannya.
Pada masa sama, keadaan jalan agak sesak dan trafik bergerak perlahan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi pengalaman sama menggunakan perkhidmatan bas daripada syarikat tersebut.
“Bas ini memang teruk, kata rehat 30 minit untuk buka puasa dan solat, tak sampai 30 minit dah gerak. Habis kena tinggal dekat RnR Temerloh. nasib ada orang baik tumpangkan sampai Kuantan. Pemandu bas buat muka tak bersalah,” komen Halimtiyaz.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Sarayiem.
“Saya benci bas ni, lambat dia ya Allah tangguh nak dekat empat hingga lima jam. Taubat tak naik dah,” katanya. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] ‘Patutlah bas senget, memandu sambil tengok live’ appeared first on Kosmo Online.




![[VIDEO] Pecah kereta jemaah tabligh, pencuri pulangkan semula barang](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-25-at-15.56.19.jpeg)

