Fazura serba putih di mahkamah. 'Alhamdulillah, saya tenang….'

LocalEntertainment
25 Sep 2024 • 9:59 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

“ALHAMDULILLAH, saya tenang dan sihat....”

Itu komen ringkas yang dilontarkan aktres Nur Fazura Sharifuddin sebaik tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada jam 9.30 pagi.

Fazura, 40, yang memakai jubah putih tiba bersama peguam, Fakhrul Azman Abu Hassan; pengurus, Iman Tang dan empat pengawal peribadi kelihatan tenang dan sesekali melemparkan senyuman kepada media yang menanti sejak jam 8.30 pagi.

Enggan mengulas panjang, bintang Hero Seorang Cinderella itu terus berjalan ke dewan perbicaraan.

“Kita masuk dalam dulu ya (dewan perbicaraan),” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, Fattah yang tiba di perkarangan mahkamah waktu sama, diiringi peguam, Zulkifli Che Yong.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.