Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mengakui sudah trauma bertemu dengan individu yang bersikap umpama talam dua muka demi memenuhi kepentingan diri sendiri.
Trauma manusia talam dua muka

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 42, memberitahu pengalaman lampau membuatkan dia lebih berhati-hati dalam memilih seseorang untuk dijadikan rakan sekerja.
@fariza_zairul #farizazairul #fyp #viral #artismalaysia #fazura
♬ original sound - Fariza Zairul - Fariza Zairul
“Saya memang dah trauma dengan manusia yang luarannya nampak pijak semut tak mati tapi sebenarnya tidaklah begitu,” kata Fazura, baru-baru ini.
Aktres Hero Seorang Cinderella itu menjelaskan kini dirinya lebih tegas dalam memilih individu yang mahu bekerjasama dengannya dan bukan hanya berpura-pura baik pada luaran sahaja.

“Saya nak bekerja dengan orang yang baik, luar dan dalam baik. Bukan luarannya je baik tapi hati sangat jahat,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau turut mendedahkan beberapa kenalannya yang dipercayai begitu baik dan sangat merendah diri membuatkan dirinya lebih mudah untuk bekerjasama.
Sumber: TikTok Fariza Zairul
