Fazura Terima Anugerah ‘Malaysia Most Outstanding Excellence Celebrity Of The Year’

19 Jul 2022 • 4:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Nur Fazura - Gambar Instagram

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura menerima pengiktirafan di majlis anugerah 3rd World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Award sempena pencapaian cemerlangnya dalam bidang perniagaan. 

Pada anugerah yang berlangsung pada Sabtu lalu, Fazura membawa pulang anugerah Malaysia Most Outstanding Excellence Celebrity of The Year untuk kategori wanita. 

Fazura menerusi hantarannya di Instagram berkata dia sangat bersyukur dan berterima kasih di atas pengiktirafan yang diberikan kepadanya. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Faz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta, Fattah Amin dan puteri tersayang kami, Fatima kerana sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ini.

“Faz juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada abang Faz, Ahmad Faiz yang merupakan mentor dan rakan perniagaan Faz sejak sedekad yang lalu. Banyak yang telah kami lalui bersama.

“Terima kasih juga kepada Team Fazura yang sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi dalam semangat kekeluargaan untuk memajukan perniagaan #miliksemua . Tidak lupa juga kepada pengurus Faz, Iman Tang. Saya sayang anda semua”, tulisnya.

Pelakon filem Pisau Cukur ini juga turut berterima kasih kepada semua rakan-rakan dan penyokong serta peminat produk  keluaran Fazura.

Sementara itu di bahagian komen kelihatan ramai rakan selebriti yang mengucapkan tahniah kepadanya termasuk Marion Caunter, Siti Saleha, Hanis Zalikha, Mira Filzah, Mimi lana dan ramai lagi. 

Kami di Getaran juga ingin mengucapkan tahniah kepada Fazura kerana bukan sahaja berjaya dalam bidang seni, malah turut cemerlang dalam bidang perniagaan sekaligus menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana. – Getaran, 19 Julai 2022