“Terima Kasih Suami Tercinta” – Fazura Terima Anugerah Selebriti Paling Cemerlang

Entertainment
19 Jul 2022 • 12:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Selebriti dan usahawan terkenal, Nur Fazura mengucapkan rasa syukur di atas pengiktirafan Anugerah Selebriti Paling Cemerlang (wanita) di majlis anugerah World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Awards kali ke-3.

Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon jelita ini memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis anugerah itu.

image is not available

Di hantaran yang sama, Fazura berterima kasih kepada suami tercinta, anak, pasukan FAZURA serta abangnya yang selama ini menjadi mentor dalam perniagaan.

Faz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta Fattah Amin dan puteri tersayang kami Fatima kerana sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ini.

Pelakon ini turut tidak melupakan rakan-rakan serta peminat yang telah banyak menyokong produk keluarannya selama ini.

Kredit: Instagram missfazura

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.