FBMKLCI Susut Di Tengah Sesi Walaupun Data Dagangan Kukuh?

LocalBusiness & Finance
18 Sep 2026 • 3:00 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

FBMKLCI Susut Di Tengah Sesi Walaupun Data Dagangan Kukuh?

Bursa Malaysia bergerak sedikit rendah pada sesi tengah hari apabila tekanan jualan terhadap beberapa saham berwajaran tinggi menekan indeks utama, meskipun sentimen pasaran lebih luas kekal positif dan data perdagangan Ogos menunjukkan prestasi kukuh.

Eksport Malaysia melonjak 45.5% tahun ke tahun kepada RM191.05 bilion pada Ogos, manakala jumlah perdagangan meningkat 43.4% kepada RM354.01 bilion.

Malaysia turut merekodkan lebihan dagangan sebanyak RM28.09 bilion, sekali gus meneruskan lebihan dagangan untuk bulan ke-76 berturut-turut sejak Mei 2020.

Pada tengah hari, FBM KLCI susut 1.53 mata atau 0.09% kepada 1,673.21.

Pasaran secara keseluruhan bagaimanapun menunjukkan breadth yang positif dengan 510 saham meningkat berbanding 460 saham menurun, manakala 496 kaunter tidak berubah.

Jumlah dagangan mencapai 2.016 bilion saham bernilai RM1.284 bilion.

KLCI Dijangka Bergerak Berhati-hati

Apex Securities menjangkakan FBM KLCI bergerak berhati-hati dengan kecenderungan positif dalam tempoh terdekat, disokong oleh pemulihan Wall Street pada sesi sebelumnya serta penurunan harga minyak mentah.

Namun, kenaikan indeks dijangka kekal terhad selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) memberi isyarat bahawa pengetatan dasar monetari masih boleh diteruskan.

Di peringkat domestik, firma broker itu turut menyatakan breadth pasaran yang masih lemah menunjukkan selera risiko pelabur belum benar-benar pulih.

Keadaan tersebut boleh mengehadkan kemampuan pasaran untuk mencatat pemulihan lebih meluas walaupun penurunan KLCI masih kecil.

Apex Securities menjangkakan aktiviti bargain hunting secara terpilih selepas kelemahan pasaran baru-baru ini, namun KLCI berkemungkinan kekal dalam julat sehingga terdapat kejelasan lebih besar mengenai hala tuju kadar faedah global dan risiko geopolitik di Timur Tengah.

Saham Teknologi Jadi Tumpuan

Sementara itu, Malacca Securities menjangkakan FBM KLCI bergerak lebih kukuh dengan menjejaki kenaikan Wall Street.

Pemulihan saham teknologi global dilihat berpotensi memberi sokongan tambahan kepada pasaran tempatan.

Antara yang menjadi perhatian ialah Inari, yang dilihat sebagai kaunter pemulihan berdasarkan jangkaan peningkatan penggunaan RF susulan kitaran pelancaran peranti utama September serta permintaan fotonik yang terus disokong perkembangan AI.

Frontken turut diberi perhatian selepas syarikat itu memperoleh tanah industri dan bangunan kilang di Tainan bernilai NT$920 juta (RM118.2 juta) bagi menampung pengembangan kapasiti pada masa depan.

Saham Untung & Rugi

Antara saham yang mencatat penurunan, Petronas Dagangan susut 76 sen kepada RM20.32, Nestle turun 48 sen kepada RM90.04, Hong Leong Bank merosot 32 sen kepada RM22.78 dan Heineken jatuh 28 sen kepada RM14.20.

Sebaliknya, saham teknologi dan semikonduktor mendahului kaunter untung.

Malaysian Pacific Industries (MPI) melonjak RM2.46 kepada RM42.56, Unisem meningkat 30 sen kepada RM4.45, UMS Integration menambah 26 sen kepada RM8.39 manakala Pentamaster naik 23 sen kepada RM5.45.


HUSTLE24HOUR kini dibuka!

Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.

👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM  

HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved