Fedtri Yahya Hantar Anak Sulung Masuk MRSM, Air Mata Iringi Perpisahan - "Sekarang Daddy Nangis Sebab Kakak Keluar Belajar"

8 Apr 2025 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Teruja namun bercampur sayu, itu situasi yang dilalui pengacara popular Fedtri Yahya yang menghantar anak perempuannya Indah Sutera Jannah mendaftar masuk di sebuah sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Fedtri dan anaknya dilihat sebak dan hampir mengalirkan air mata ketika berpisah.



"Selesai mendaftar hari ini. Selamat berjuang kakak di tempat impianmu.



"Kuatkan semangat. Doa kami sentiasa mengiringi perjuanganmu, Indah Sutera Jannah," kongsinya.


 


Dalam hantaran lain, Fedtri turut berkongsi luahan hibanya berpisah dengan anak perempuannya itu.



"Hmmm itulah putarannya. Dulu daddy susah nak pergi kerja sebab kakak menangis. Sekarang daddy pulak menangis sebab kakak keluar belajar…



"Insha Allah sekejap saja tu… pejam celik nanti dah SPM," tulisnya.



image is not available



Terdahulu, Fedtri pernah berkongsi impian anak perempuannya itu untuk memasuki sekolah jenis berasrama penuh itu.



image is not available



Untuk info, Indah Sutera Jannah merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.



Fedtri berkahwin dengan seorang guru, Nurul Anati pada Mei 2011.



Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 13, Ahmad Wildan Arjuna, 11, Indah Rauvda Inaara, 8, dan Ahmad Firaas Mevlana, 6.