Fedtri Yahya tegur individu persoal ‘salam kaut’ sedikit – “Takut akan datang, yang miskin tak dijemput”

29 Oct 2026 • 3:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengacara dan personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya mengingatkan bahawa kehadiran tetamu ke majlis perkahwinan tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah wang ‘salam kaut’ yang diberikan kepada tuan rumah.

Image from: Fedtri Yahya tegur individu persoal ‘salam kaut’ sedikit – “Takut akan datang, yang miskin tak dijemput”

Teguran itu disampaikan susulan luahan seorang pengguna Threads yang kecewa apabila wang diterimanya sekitar RM5,000 hingga RM6,000, sedangkan perbelanjaan majlis perkahwinannya mencecah puluhan ribu ringgit.

Image from: Fedtri Yahya tegur individu persoal ‘salam kaut’ sedikit – “Takut akan datang, yang miskin tak dijemput”

“Normal ke kita keluar duit untuk perkahwinan hampir puluh ribu, dapat pulangan dari salam kaut setakat 5-6 ribu je ? Lepas kira kira terdiam kejap, tak apalah mungkin rezeki lepas kahwin ada lebih,” tulis individu berkenaan.

Memberikan respons terhadap hantaran itu, Fedtri mengajak masyarakat melihat kembali tujuan menjemput tetamu, iaitu untuk bersama-sama meraikan pasangan pengantin dan berkongsi kegembiraan.

Menurutnya, nilai kehadiran seseorang bukan terletak pada sumbangan wang semata-mata, sebaliknya turut membawa doa buat pasangan yang diraikan.

“Kita jemput orang untuk meraikan. Besar pahala bagi orang makan. Setiap tetamu bawa doa, bawa rahmat.
“Bila jadi macam ni, kita hanya melihat orang dengan pandangan duit semata-mata,” terangnya.

Fedtri turut menyuarakan kebimbangan sekiranya jangkaan untuk mendapatkan semula perbelanjaan kenduri akhirnya mempengaruhi pemilihan tetamu.

“Takut zaman akan datang nanti, yang miskin tak akan dijemput sebab tak bagi ‘pulangan modal’.” luahnya.

Teguran itu menekankan kepentingan menghargai kehadiran tetamu dan menjaga tujuan majlis sebagai ruang meraikan perkahwinan, tanpa menjadikan kemampuan memberi wang sebagai ukuran.

Sumber: Threads fedtriyahya

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved