“Feeling macam tok sendiri masak” – Akaun TikTok Kak Cik Yah Memasak Curi Tumpuan Netizen

Entertainment
10 Mar 2025 • 1:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam banyak-banyak kandungan masakan yang lalu di fyp kita, pasti ada satu perkongsian yang kita adore selain daripada mereka yang kita dah sedia kenal.

Misalnya, tidak dinafikan untuk puasa kali ini Dapur Che Sayang dan sudah semestinya Khairul Aming yang menjadi tatapan utama tetapi ada satu lagi individu yang membuatkan ramai jadi ‘jatuh hati’ dengannya kerana vibes yang ada pada dirinya iaitu TikTok @kakcikyah4.

Tidak seperti video pempengaruh masakan lain yang mempunyai kualiti HD, presentation makanan dan penataan bunyi yang baik, Kak Cik Yah secara semula jadinya memberikan pendekatan cara masakan orang lama, yang sekaligus membuatkan kita mengimbau datuk dan nenek kita dan rindukan masakan mereka.

Menurut netizen, biarpun pada awal perkongsian, kualiti videonya tidak begitu memberangsangkan, ia masih mampu meraih jumlah tontonan yang tinggi.

Video masakan Kak CIk Yah juga telah menambat hati penonton, sehingga kini akaun TikTok Kak Cik Yah telah meraih 86.7K jumlah pengikut dan majoriti videonya meraih sekurang-kurangnya puluhan dan ratusan ribu jumlah tontonan.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Kalau Khairul Aming dia punya, “hey what’s up guys,” tapi Kak Cik Yah “mola mola”, hahah comel!

Sumber : TikTok, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.