Fei-Din 'gugur' pertarungan 50 minit Kejohanan Dunia

FootballSports
29 Aug 2025 • 7:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Cabaran Paris 2025, Sze Fei-Nur Izzuddin terhenti dalam pusingan ketiga.

HASRAT beregu badminton lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, untuk mara lebih jauh kempen Kejohanan Dunia berkecai apabila terhenti di pusingan ketiga selepas ditunjukan jalan keluar dari Adidas Arena, Paris.

Sze Fei-Nur Izzuddin dikenali Fei -Din berstatus nombor tiga dunia tunduk 22-20, 15-21, 23-21 kepada wakil Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan.

Kekalahan dalam perlawanan yang berlangsung selama 50 minit itu juga kekalahan pertama Fei-Din kepada beregu ranking ke-18 dunia tersebut dalam empat pertemuan terakhir.

Keputusan di bumi Paris itu juga menyaksikan Fei-Din mengulangi pencapaian sama kali ketiga berturut-turut sejak edisi 2021.

Fei-Din bermula garang set pertama apabila menang 22-20 biarpun diberikan tentangan hebat Jhe Huei-Po Hsuan.

Beregu sensasi Taiwan itu bagaimanpun tidak mengalah kemudian bangkit menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-15.

Set penentuan, Fei-Din kembali dengan semangat juang tinggi dari ketinggalan 12-16 untuk mendahului 20-17 sebelum semangat itu tenang dipadamkan kematangan Jhe Huei-Po Hsuan dengan kemenangan 23-21.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved