Fei-Din selangkah ke final Masters Malaysia

22 May 2026 • 6:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Fei-Din selangkah ke final Masters Malaysia
Gandingan beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut mara ke separuh akhir selepas menumbangkan gandingan Jepun, Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi. - FOTO: Bernama

BEREGU lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani meneruskan kemaraan cemerlang apabila melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2026 selepas menundukkan pasangan Jepun, Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi hari ini.

Turun selaku antara sandaran utama negara di Unifi Arena, Bukit Jalil, pasangan ranking kesembilan dunia itu dipaksa beraksi dalam pertarungan tiga set sebelum mencatat kemenangan 21-17, 16-21, 21-16 dalam tempoh 53 minit.

Kemenangan itu turut meneruskan rentak positif Sze Fei-Izzuddin selepas pasangan berkenaan mara ke separuh akhir Terbuka Thailand minggu lalu.

Pasangan negara kini menanti pemenang satu lagi aksi suku akhir membabitkan beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pasangan China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi bagi perebutan tiket ke final.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved