Fenerbahce mahu buru impian

FootballSports
5 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Fenerbahce mahu buru impian

ISTANBUL – Kegagalan muncul juara Liga Super Turkiye musim lalu selepas dikalahkan musuh tradisi, Galatasaray menyebabkan Fenerbahce sedia berbelanja besar pada jendela perpindahan kali ini.

Kelab yang dibimbing Ismail Kartal itu dilaporkan berhasrat memperkukuhkan skuad bukan sahaja mencabar kejuaraan Liga Super Turkiye sebaliknya mereka mahu membuktikan kemampuan di pentas Eropah.

Ketika ini, mereka sudah memiliki beberapa pemain yang dianggap berprofil tinggi termasuk N’Golo Kante, Nathan Ake, Nelson Semedo, Ederson Moraes dan berjaya melengkapkan perpindahan Mason Greenwood pada jendela perpindahan musim panas kali ini.

Bagaimanapun, Fenerbache menganggap senarai itu masih belum lengkap apabila dilaporkan sedang memburu kelibat penyerang Manchester United, Marcus Rashford.

Biarpun nilai perpindahan dianggap murah dan berbaloi, Fenerbahce dilaporkan sanggup mengubah struktur gaji kelab itu untuk membawa masuk Rashford yang hanya akan berhijrah sekiranya tawaran gaji menyamai jumlah gaji mingguan £325,000 (RM1.79 juta) yang diterimanya di United.

Kelab Turkiye itu dikatakan bersedia untuk melunaskan permintaan Rashford demi impian mereka untuk membentuk semula gandingan terbaik The Red Devils, Rashford-Greenwood yang pernah mencipta sensasi sebelum ini.

Buat masa ini, Rashford dilaporkan belum membuat sebarang keputusan kerana mahu menilai semua pilihan yang ada sebelum menentukan destinasi baharunya selepas kembali dari cuti.

Fenerbahce turut dilaporkan menyenaraikan Rafael Leao dari AC Milan dan penyerang Crystal Palace, Ismaila Sarr sebagai pilihan alternatif sekiranya rundingan mendapatkan Rashford menemui jalan buntu. – AGENSI

 

The post Fenerbahce mahu buru impian appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved