Fenomena Air Pasang Besar - Selangor Bakal Isytihar Darurat Iklim?

15 Sep 2022 • 4:32 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat iklim di kawasan banjir terutama kawasan yang sering menghadapi air pasang besar.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri itu sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat iklim bagi tujuan itu.

image is not available

“Kami tidak boleh sewenang-wenangnya umumkan perkara itu, ia bergantung kepada data yang akan diberikan oleh pakar yang telah dilantik,” jelasnya.

Baru-baru ini Amirudin mengingatkan penduduk Selangor khususnya di Klang dan Kuala Selangor supaya bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang berkemungkinan menyebabkan banjir apabila paras laut boleh mencecah sehingga 5.5 meter.

Paras laut berkenaan dibimbangi menyebabkan banjir dan menenggelamkan rumah jika disusuli hujan lebat yang menyebabkan pintu air terpaksa ditutup.

Dalam masa yang sama, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan pada bulan November hingga Mac negara akan mengalami cuaca lebih lembap disebabkan perubahan monsun.

image is not available

Sumber: KOSMO! ONLINE