
FENOMENA coklat retak dalam bekas minuman (cracked chocolate) nampaknya semakin menjadi kegilaan ramai, khususnya anak muda yang sukakan kelainan.
Tidak mahu ketinggalan dengan trend yang semakin viral tersebut, The Twins Bistro yang terletak di Paka, Terengganu juga menampilkan menu sama, tetapi dengan gaya tersendiri.
Seleksi perisa laku keras seperti matcha latte, teh hijau Thailand, latte dan coklat nampak lebih mengiurkan dengan gabungan cracked chocolate dengan pilihan coklat gelap dan putih premium.

Pengurusnya, Nor Izzah Mohamad memberitahu, kuasa viral tidak dinafikan banyak menaikkan nama premis dengan percaturan menu baharu.
“Sebenarnya, idea timbul apabila kami melihat trend menu lain daripada lain yang berjaya menarik perhatian ramai di media sosial. Jadi, kami pun mahu buat tarikan sama dengan rekaan sendiri.
“Terbukti, hampir 20 hingga 50 cawan cracked chocolate terjual setiap hari dan hujung minggu. Sambutan yang diterima juga cukup memberangsangkan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Lagi menarik, kafe yang memulakan operasi sejak tahun 2019 itu juga menawarkan 32 jenis custom coffee dengan barista berpengalaman. Latte dan salted caramel macchiato antara minuman paling laris!
Soal kualiti, anak jati Paka itu berkata, pihaknya mementingkan pemilihan sumber bahan bermutu tinggi yang diperoleh daripada pembekal lokal sekitar Paka.

“Selain minuman unik berkenaan, kami juga menyajikan lebih 20 jenis pastri homemade yang dibuat segar setiap hari. Antaranya flat croissant dengan perisa coklat dan pistasio, matcha crunchy croissant, twist sausage dan chicken mushroom puff.
croffle
Pistachio enclair
double choc eclair

Terbaharu, The Twins Bistro juga menawarkan masakan set ayam geprek, ikan siakap bakar, creamy tomyam spaghetti dan samyang pasta buat para pengunjung.
Akui Nor Izzah, pihaknya mahu menjadikan premis tersebut sebagai persinggahan kembara gastronomi buat pemburu makanan viral tanpa perlu ke bandar besar.

“Sebab itu, kami suka mempelbagaikan menu masakan Melayu, Korea, Indonesia dan banyak lagi bagi memenuhi kehendak pelanggan yang pelbagai.
homemade


