“Dari Dunia Baru ke awan biru…” – Netizen Teruja Tengok Wan Ellyas Kini Jadi Pramugara

Entertainment
28 Jun 2024 • 1:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dunia Baru merupakan sebuah drama bersiri yang menjadi fenomena satu ketika dahulu sehinggakan ramai yang teruja untuk masuk universiti.

Drama itu menampilkan pelakon-pelakon ternama seperti Elyana, Pierre Andre dan Wan Ellyas, rancangan itu sangat popular sehingga mencapai 3 juta penonton.

Antara watak utama dalam drama itu ialah Tajul yang dimainkan oleh pelakon Wan Ellyas, karakter Tajul itu menjadi kegilaan wanita-wanita pada ketika itu.

Terbaru, pelakon Wan Ellyas dilihat kini bekerja sebagai seorang pramugara bagi syarikat penerbangan tempatan iaitu Malaysia Airlines.

Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @nolynjoy itu mendapat sambutan hangat dalam kalangan netizen dan rata-rata teruja melihat pelakon kegilaan zaman remaja itu masih kekal good looking.

Tidak kurang juga yang meninggalkan komen rindu akan lakonan Wan Ellyas yang sudah lama tidak muncul di kaca tv.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video itu sudah pun mendapat lebih dari 140K tontonan serta lebih 300 komen.

Kenapa dah tak banyak drama bersiri macam Dunia Baru eh? Best kot!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.