Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka berlaku pada 29 Mac 2025 menurut perkongsian Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Gerhana ini bermula pukul 4.50 petang hingga 8.43 malam waktu Malaysia, dan boleh dilihat di kawasan seperti Barat Laut Afrika, Eropah dan Rusia.

Ia bagaimanapun tidak dapat dilihat di Malaysia kerana laluan bayang-bayang penumbra bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut. Penumbra adalah bahagian bayang luaran separa gelap (bayang Bumi atau Bulan). Penduduk Malaysia dijangka akan dapat menyaksikan Gerhana Matahari Separa pada 2 Ogos 2027 dan 22 Julai 2028.

Untuk konteks tambahan, fenomena ini terjadi apabila bulan melintasi Matahari dan bumi tetapi tidak sejajar sepenuhnya kemudian menutup cahaya matahari sama ada separa atau sepenuhnya menjadikan ia kelihatan seperti sabit. Ia juga berlaku sehari sebelum bulan akan berada pada kedudukan yang terdekat dari Bumi dengan jarak 358,123 km.





