Fermin amat yakin akan kemampuan diri, mampu bertarung dengan pelumba senior.

14 May 2025 • 8:23 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Berada di kelas perdana MotoGP bukan sekadar impian namun yang lebih utama ialah kekal relevan untuk terus berlumba bersama-sama pelumba terkemuka dunia.

Pendatang baru, Fermin Aldeguer kini merasakan dirinya benar-benar seorang pelumba MotoGP. Ramai yang meraguinya ketika di awal kemunculan sehingga dikatakan tidak layak untuk turut bersaing di papan utama. Walaubagaimanapun, Fermin kekal positif dan berusaha sekuat mungkin untuk bangkit dan ternyata sekarang Fermin antara pelumba muda yang senantiasa berada di kelompok sepuluh teratas malah seringkali bersaing dalam perebutan podium.

Pada perlumbaan di Perancis lalu, podium pertama Fermin sudah tercapai dan bukan hanya satu malah di kedua-dua perlumbaan iaitu sprint race dan main race. Ternyata Fermin kini sudah memahami corak dan gaya perlumbaan di situ kerana dua perlumbaan tersebut memerlukan startegi yang berbeza.

Fermin mengatakan bahawa beliau sudah mempunyai kelajuan yang diperlukan namun kini hanya pengalaman yang pelu diperbanyakkan kerana ia akan mengajar Fermin untuk menjadi lebih matang dan terus berdaya saing. Ketua krew pasukannya juga memuji kemampuan Fermin namun berpesan supaya beliau perlu kuat bersabar dan mengawal baran ketika berlumba.