
Kota Kinabalu: Festival Banjaran Crocker (TCRF) 2024 yang kini memasuki musim ke-7 akan diadakan pada 19 hingga 21 Julai 2024 di Dataran Keningau, Keningau.
Pelbagai acara menarik akan diadakan sempena TCRF 2024 antaranya perarakan dan persembahan Etnik Budaya Sabah, Miss & Mister Crocker Range, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan hiasan payung kreatif, pertandingan melukis doodle, Cabaran Orang Kuat.
Selain itu, Northborneo Motosport Carnival 2.0, pertandingan pembuatan kraftangan, pertandingan nyanyian TCRVoice, pertandingan tarian rampaian Melayu, pertandingan manangon, pertandingan bercerita dan banyak lagi acara bakal diadakan.
Pelbagai jualan usahawan tempatan dan persembahan menarik juga menanti para pengunjung seperti acara pada waktu malam iaitu The Crocker Range Rhythm of Symphony yang akan diadakan pada 19 Julai, The Night of National Costume pada 20 Julai dan Final Miss & Mister Crocker Range (20 Julai) bermula jam 8.00 Malam.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Perkara ini telah dimaklumkan oleh Ahli Jawatankuasa Penganjur TCRF 2024 semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Jumaat.
Rombongan TCRF 2024 diketuai oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri, Datuk Robert Tawik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N40 Bingkor.
Turut hadir Pegawai Daerah Keningau, Peter J. Moinjil, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Keningau, Mohd Fawzi Abdul Kadir, Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau, Rafie Robert dan Pengarah Program TCRF2024 Daffri Adzahari.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



