Ribuan Hadir Meriahkan Rainforest World Music Festival 2024 Di Sarawak Kali Ini

29 Jun 2024 • 4:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rainforest World Music Festival 2024

Ribuan Hadir Meriahkan Rainforest World Music Festival 2024 Di Sarawak Kali Ini. RWMF Edisi ke-27 yang diadakan di Kampung Budaya Sarawak pada kali ini dilihat telah mendapat sambutan meriah dari orang ramai.

Pada tahun ini, kerabat diraja termasuk Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin turut hadir ke RWMF 2024.

image is not available
Ribuan Hadir Meriahkan Rainforest World Music Festival 2024 Di Sarawak Kali Ini

Kampung Budaya Sarawak dipenuhi ramai

Baru sahaja berlangsung semalam, Kampung Budaya Sarawak dipenuhi ramai pengunjung yang bersama-sama melihat persembahan menarik dari pemuzik tanah air serta antarabangsa.

Antara persembahan highlight malam semalam di Rainforest World Music Festival ini adalah Kitaro artis Jepun yang merupakan pemenang Anugerah Grammy dan Golden Globe yang terkenal dengan muzik instrumental elektronik.

image is not available
Sumber foto: FB Rainforest World Music Festival

image is not available
Sumber foto: FB Rainforest World Music Festival

Persembahan pada hari kedua

Untuk hari kedua pula, persembahan yang dinanti-nantikan ramai termasuk persembahan dari Zainal Abidin, Alena Murang The Colour of Sound’s Malaysia, Nini, Tuni Sundatang, Imarhan dan Morham.

Tiket untuk RWMF 2024 bagi pas tiga hari dijual pada harga RM635 untuk dewasa sementara pas sehari untuk orang dewasa ditawarkan pada harga awal RM235, prajualan RM283 dan jualan pintu adalah pada harga RM333.

Kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun boleh menyertai keseronokan dengan pas satu hari berharga RM80 manakala kemasukan percuma untuk kanak-kanak di bawah umur tiga tahun.

Baca lebih lanjut mengenai Rainforest World Music Festival di sini: