Festival Idea Putrajaya kembali untuk edisi ketiga, angkat teknologi dan nilai kemanusiaan

LocalTechnology
17 Nov 2026 • 2:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2026, membuka tirainya selama tiga hari dari 17 hingga 19 November di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Image from: Festival Idea Putrajaya kembali untuk edisi ketiga, angkat teknologi dan nilai kemanusiaan

Anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu kembali untuk edisi ketiga dengan tema Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani. Pengisian hari pertama memberi tumpuan kepada penerokaan idea melalui wacana, pertandingan dan pameran inovasi.

Ahmad Zahid berkata idea yang berpotensi perlu mempunyai laluan yang jelas, daripada pembangunan prototaip hingga kepada penggunaan dalam industri atau penerapan dalam dasar kerajaan.

“Biar ada yang bertanggungjawab, ada tindakan yang menyusul dan ada hasil yang boleh diterima oleh rakyat dan negara,” katanya.

Majlis peluncuran disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Perdana. Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Image from: Festival Idea Putrajaya kembali untuk edisi ketiga, angkat teknologi dan nilai kemanusiaan

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mahu KPT dan agensi berkaitan mempertemukan pencipta tempatan dengan pihak industri supaya inovasi mereka dapat diuji. Ciptaan yang terbukti berkesan, katanya, perlu diberi peluang untuk digunakan secara lebih meluas.

“Kalau kita sendiri tidak memberi peluang pada ciptaan anak Malaysia, siapa lagi yang akan menggunakannya?” jelasnya.

Mengulas pameran inovasi di FOI, Ahmad Zahid berkata hasil yang dipertontonkan menunjukkan Malaysia sudah mempunyai asas untuk membangunkan teknologi sendiri. Beliau mengulangi gagasan beralih daripada Made in Malaysia kepada Made by Malaysia agar anak tempatan dapat mereka bentuk teknologi, memiliki harta intelek dan membina perusahaan yang mampu bersaing.

Image from: Festival Idea Putrajaya kembali untuk edisi ketiga, angkat teknologi dan nilai kemanusiaanImage from: Festival Idea Putrajaya kembali untuk edisi ketiga, angkat teknologi dan nilai kemanusiaan

Di luar Dewan Perdana, penerokaan idea mengambil pelbagai bentuk. ASEAN Higher Education Leadership Forum (ASHELF) memberi ruang kepada wacana kepimpinan pendidikan tinggi, manakala University Social Enterprise Competition (USEC) 2026 mengetengahkan keusahawanan sosial. Sidang selari turut merangkumi forum Elsevier mengenai integriti penyelidikan dalam era AI dan Forum Memacu Masa Depan Mobiliti.

Suasananya berbeza di Dewan Putra A, tempat berlangsungnya Cabaran Ceritera Muzikal MADANI. Di Dewan Putra B pula, pengunjung boleh melihat hasil inovasi menerusi IdeaTech: Innovation Showcase.

Sesi FOI Spotlight bersama Tomok, pameran di ruang legar PICC dan program IPT@Komuniti turut melengkapkan pengisian hari pertama, yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved