FFM35: Malam Terlarang Bawa Aila Azizul Raih Trofi Pelakon Wanita Harapan

21 Nov 2026 • 11:17 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

FFM35: Malam Terlarang Bawa Aila Azizul Raih Trofi Pelakon Wanita Harapan

Pelakon, Aila Azizul dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Harapan menerusi filem sulungnya, Malam Terlarang, pada Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) di Panggung Sari, Istana Budaya, malam ini.Ketika menerima trofi di atas pentas, Aila meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada FINAS, Astro Shaw serta Allahyarham Nurhanisham Muhammad atau Labu, yang memberinya peluang berlakon dalam filem tersebut.“Terharu sangat. Terima kasih kepada FINAS, Astro Shaw, arwah Abang Labu untuk peluang filem pertama saya.“Shoutout to my mom, selalu di sisi saya. Especially untuk arwah ayah saya, this is for you,” katanya.Aila mengatasi empat calon lain iaitu Samara Kenzo (Indera), Faye An Ying Fei (Circus of Life), Yy Aleyqa (Denu) dan Dina Allysha (Mak #SalamDariSyurga).Filem seram terbitan Astro Shaw itu turut meraih trofi Kesan Khas Visual Terbaik menerusi Ameen Mustajab.Filem seram terbitan Astro Shaw itu merupakan arahan Allahyarham Nurhanisham Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Labu.Malam Terlarang dibintangi Zul Ariffin, Sofia Jane, Shasha Abedul, Haneesya Hanee dan Sabri Yunus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved