FIFA Dedah Pasport Lima Pemain Warisan Lulus Pada Hari Yang Sama

LocalFootball
21 Nov 2025 • 3:45 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Satu pendedahan dalam laporan penuh Jawatankuasa Rayuan FIFA menimbulkan persoalan besar apabila lima daripada tujuh pemain warisan negara diluluskan permohonan pasport Malaysia dalam tempoh yang amat singkat, ada yang hanya mengambil masa sehari.

Pemain warisan terima pasport pada hari yang sama

Menurut laporan Harian Metro, dalam dokumen setebal puluhan muka surat itu, FIFA menjelaskan bahawa beberapa pemain yang dikaitkan dengan isu pemalsuan dokumen menerima pasport mereka pada hari sama permohonan dihantar.

Rekod permohonan menunjukkan bahawa pemain berkenaan memohon pada bulan Mac dan Jun tahun ini.

image is not available

Berdasarkan maklumat yang dikemukakan, Gabriel Palmero menghantar permohonan pada 17 Mac diikuti Hector Hevel pada 18 Mac.

Facundo Garces memohon pada 1 Jun manakala Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo dan Jon Irazabal mengemukakan permohonan mereka pada 3 Jun.

Artikel lain: Pemain Warisan Tersasul Ketika Temu Bual? Akui Datuk, Nenek Lahir Luar Malaysia

Apa yang menjadi tanya tanya ialah tarikh kelulusan yang direkodkan segera selepas permohonan diterima.

Hevel diberikan pasport pada 18 Mac iaitu pada hari dia memohon. Holgado, Machuca, Figueiredo dan Irazabal juga menerima pasport bertarikh 3 Jun iaitu tarikh sama permohonan dihantar.

image is not available

Palmero pula menerima pasport sehari kemudian manakala Garces mendapat kelulusan selepas dua hari.

Pendedahan ini mencetuskan semula perbincangan tentang tahap ketelusan, proses semakan dokumen dan keutamaan yang diberikan dalam urusan pemberian pasport yang sepatutnya melalui penilaian yang lebih teliti.

Sumber: Harian Metro (Firdaus Hashim)

The post FIFA Dedah Pasport Lima Pemain Warisan Lulus Pada Hari Yang Sama appeared first on Borak Daily.