“Figura seorang ayah sangat penting untuk anak2 membesar jadi manusia” -Abby Abadi

LocalFamily & Parenting
14 Oct 2025 • 11:22 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selebriti, Abby Abadi telah meninggalkan satu hantaran di media sosial menyentuh peranan seorang ayah dalam kehidupan anak-anak selepas melihat potongan video ucapan bapa kepada penyanyi, Amira Othman sewaktu majlis persandingan anaknya.

Abby Abadi terkesan dengar ucapan bapa Amira Othman

Dalam perkongsian Abby di platform Thread, dia menyatakan rasa sukanya terhadap ucapan bapa kepada Amira iaitu Othman Abd Kadir yang penuh dengan nasihat dan peringatan yang cukup hebat.

“Saya tak pernah dengan nasihat macam nasihat daripada ayah Amira Othman, dan saya suka sangat-sangat!”

“Sarat dengan peringatan yang hebat dari seorang ayah yang hebat,” tulisnya.

image is not available

Abby Abafi akui sosok seorang bapa sangat penting

Dia juga mengakui bahawa peranan seorang bapa dalam kehidupan anak-anak sangat penting supaya dapat mendidik mereka dengan lebih baik.

Jelasnya, figura seorang bapa memainkan peranan besar dalam kehidupan anak supaya membesar menjadi seorang yang bernilai.

“Memang betullah. Ada ayah macam nilah yang akan membuatkan anak-anak terdidik dengan baik,”

Terbukti figura seorang ayah sangat penting untuk anak-anak membesar menjadi manusia yang bernilai,” katanya lagi.

image is not available

Setuju! Sentuhan seorang bapa dan ibu lain

Hantaran yang dibuat oleh Abby Abadi telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial dimana rata-rata bersetuju dengan kenyataan dibuat selebriti itu.

Mereka juga akui terkesan dengan ucapan hebat bapa kepada Amira sewaktu majlis persandingan anaknya dengan aktor. Fattah Amin baru-baru ini.

image is not available

Ayah memang sangat penting dalam membesarkan anak-anak

image is not available

Setuju dengan kak Abby!

image is not available

Sekadar info, Amira dan Fattah Amin telah selamat mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025.

Majlis resepsi di sebelah pihak Amira telah berlangsung pada hujung minggu lalu bertempat di Johor Bahru.

Sumber: Thread abbyabadi_12