“Puteri kecil ayah dah genap 5 tahun” – Fattah Amin, isteri raikan hari kelahiran Fatima Aisya

EntertainmentFamily & Parenting
10 Oct 2025 • 9:41 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon terkenal Fattah Amin raikan hari kelahiran anak perempuannya, Nur Fatima Aisya bersama isterinya dalam sebuah majlis yang diadakan, baru-baru ini.

Dalam perkongsian di Instagramnya, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin menitipkan ucapan manis buat anak perempuannya itu yang kini sudah memasuki usia lima tahun.

Raikan hari kelahiran

image is not available

“Puteri kecil ayah dah genap 5 tahun.

“Masa berlalu begitu cepat, tapi kasih sayang ayah untukmu takkan pernah berubah.

“Kamulah kegembiraan, kekuatan dan seluruh hati ayah. Selamat Hari Lahir, Nur Fatima Aisya Binti Abdul Fattah,” ujarnya.

Raikan hari kelahiran

image is not available image is not available

Sekadar info, Nur Fatima Aisya adalah hasil perkongsian hidup bersama aktres Nur Fazura namun, mereka disahkan bercerai selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Fattah kemudiannya berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Amira Othman pada 14 September lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Golden Palm Tree Resort, Sepang.

Sumber: Instagram @Fattah Amin