Figure merupakan salah satu syarikat memfokuskan pembangunan robot berbentuk manusia. Terbaru, Figure berkongsi sasaran, mengatakan mereka mengawalkan lagi sasaran untuk penawaran robot mereka, dan akan mulakan ujian alfa untuk robot manusia bagi kegunaan di rumah seawal tahun 2025 ini.
Langkah ini dipercepatkan selari dengan perkembangan model kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh Helix.
Dengan penawaran ujian alfa ini, ia dijangka robot berkenaan akan boleh melakukan sejumlah perkara, termasuk menyediakan makanan, melakukan tugasan rumah, dan sebagainya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjutan daripadanya, dan bagaimana perkara ini turut memacu kepada pembangunan robot oleh syarikat-syarikat lain.
Important update: Figure is launching robots into the home
Our AI, Helix, is advancing faster than any of us anticipated, accelerating our timeline into the home
Therefore, we've moved-up our home timeline by 2 years; starting Alpha testing this year pic.twitter.com/t1TU1TseJq



