Figure Dan OpenAI Akan Bekerjasama Bangunkan Model Kecerdasan Buatan Untuk Robot

TechnologyDigital
1 Mar 2024 • 10:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Figure, salah satu syarikat yang memfokuskan untuk pembangunan robot, kini mengumumkan mereka telah menerima suntikan dana pelaburan baharu daripada Microsoft, OpenAI Startup Fund, NVIDIA, Jeff Bezos, dan Intel Capital. Jumlah suntikan dana pelaburan adalah $675 juta, membuatkan nilai syarikat robot berkenaan adalah $2.6 bilion pada hari ini.

image is not available

Bersama-sama suntikan pelaburan ini, Figure turut menyatakan akan bekerjasama dengan OpenAI dalam membangunkan model kecerdasan buatan generasi baharu khusus untuk robot. Ini sekaligus dijangka mempercepatkan lagi pembangunan robot, yang turut boleh memproses dan berinteraksi menggunakan bahasa perbualan biasa.

Disamping itu, Figure turut menyatakan mereka berhasrat untuk menawarkan robot mereka dalam operasi komersil secepat yang mungkin – dan pelaburan terbaru ini dijangka membantu lagi perkara tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved