Jeff Bezos Dilaporkan Melabur Pada Syarikat Pembangunan Robot – Figure

TechnologyDigital
25 Feb 2024 • 12:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Figure merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan dalam pembangunan robot seumpama manusia. Ia telah sedia menerima beberapa sokongan, termasuk pihak BMW yang menyatakan akan menggunakannya sebagai pekerja untuk tugasan asas.

image is not available

Beberapa minggu lepas, kita telah mendengar berkenaan Microsoft dan OpenAI dalam perbincangan untuk melabur pada Figure. Kini, hadir laporan lanjutan, menyatakan Jeff Bezos turut akan melabur pada syarikat berkenaan.

Selain Jeff Bezos, antara pihak lain yang turut dikatakan akan melabur pada syarikat berkenaan adalah Samsung, Intel dan juga NVIDIA.

Ia sekaligus memperlihatkan Figure antara syarikat robotik yang menerima perhatian ramai, dan kini menerajui dari segi pembangunan dan perhatian ramai.

Figure dianggarkan bernilai sekitar $2 bilion melalui suntikan dana pelaburan yang terkini.