
Tuaran: Adun Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya memberitahu pihaknya mengambil insiatif untuk mencari penyelesaian bagi isu buaya yang menjadi kebimbangan rakyat, khasnya di daerah ini.
“Kita ada berbincang dengan pihak seperti Jabatan Hidupan Liar serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berkenaan isu buaya ini.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Fokus kita tentunya tidak lain tidak bukan untuk mencari kaedah dan memikirkan bagaimana isu yang merisaukan ini mampu diselesaikan dan ditangani sebaiknya.
“Memang bila timbul isu berkenaan penampakan buaya di kawasan perairan, mestilah penduduk akan risau dan aktiviti harian mereka turut terjejas. Mereka khuatir adanya buaya yang mampu mengancam keselamatan dan nyawa, bukan hanya di Tuaran tetapi juga di daerah lain.


