
Tuaran: Peruntukan pembangunan bagi kawasan Pantai Dalit dijangka meningkat sebanyak 30 peratus tahun ini, berbanding 2024.
Adun Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya berkata peningkatan itu bertujuan membantu masyarakat dan meningkatkan kemudahan fasiliti di kawasan tersebut.
AdvertisementBeliau juga berkata, lebih 80 peratus peruntukan kerajaan negeri bagi 2024 telah digunakan, menambah bakinya akan dilaksanakan pada suku pertama tahun ini.
“Insya-Allah, pada tahun ini terdapat sedikit tambahan peruntukan, dan kami menyasarkan untuk melaksanakan program penambahbaikan di sekitar kampung ini pada awal tahun, terutama sekali untuk jalan yang perlu diturap, perparitan, bantuan SMJ serta rumah SMJ, selain bantuan pembaikan rumah di kawasan Gayang ini,” katanya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau berkata tersebut selepas merasmikan Program Gunting Rambut Percuma Seluruh Pantai Dalit di Pusat Daerah Mengundi Gayang, pada Ahad.
Program tersebut memanfaatkan lebih 1,500 kanak-kanak, dan diadakan serentak di tujuh PDM kawasan Pantai Dalit, termasuk Berungis, Nongkolud, Mengkabong, Telipok, Gayang, Marabahai, dan PDM Tuaran Bandar.
AdvertisementDalam pada itu, Pegawai Khas Ketua Menteri, Rijahan Aliaprah berkata, program ini mampu membantu golongan kurang berkemampuan.

