Fikry Ibrahim Lebih Matang Lepas Berkahwin - "Dulu Fikir Diri Sendiri Je, Sekarang Nak Jalan Laju Pun Ingat Isteri Di Belakang"

18 Jun 2025 • 8:01 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Fikry Ibrahim akui kehidupannya semakin bahagia selepas berkahwin bersama isterinya, Khalizah Alihan.
 

Belajar erti pengorbanan & matang


Menurut Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim antara perubahan yang dirasai selepas mendirikan rumah tangga adalah erti pengorbanan dan kematangan.



“Sepanjang berkahwin pengorbanan terbesar yang saya rasa adalah bila mana saya kena fikir bukan saya seorang sahaja sebaliknya sudah ada isteri.

“Sebagai contoh, saya adalah sejenis orang yang berjalan pantas, jadi saya kena ingat ada isteri di belakang.

“Kena sentiasa beringat kita hidup ini bukan berseorangan sekarang, kalau dulu kita boleh kata ‘aku dulu’ sekarang ‘kita bersama’, itu dua benda berbeza.


“Bagi saya bila berkahwin sememangnya akan membuatkan kita jadi lebih matang. Pengalaman hidup sentiasa berlaku proses perkembangan dan kematangan dari situasi situasi tertentu,” ujarnya.



Fikry berkata demikian ketika ditemui sesama program MeleTOP bertempat di Astro, Bukit Jalil pada Rabu.

 

Syukur diberi peluang berkahwin


Mengulas lanjut mengenai perkahwinan, Fikry berkata  selepas mendirikan rumah tangga, antara perkara penting yang dipelajari adalah untuk tidak cepat menilai atau menghukum orang lain.



“Saya sangat bersyukur Allah beri saya peluang rezeki untuk berkahwin, mak saya sihat. Hidup ini bukan boleh dilalui begitu sahaja sebaliknya harus diperhatikan.

“Sebab kadang-kadang bila jadi masalah dekat seseorang, bukan orang itu sahaja dapat pengajaran, kita pun sama. 

“Jadi kita tidak boleh nak judge orang begitu sahaja, itu adalah antara pengalaman yang saya belajar selepas berkahwin,” jelasnya.


Terdahulu,

selepas perkongsian itu dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram bernama Honey Julpaaa.


Menerusi beberapa hantaran di Insta Stories miliknya merakamkan Fikry dan Khalizah menyarungkan busana berwarna putih.



Malah Fikry juga dilihat melafaz akad nikah dengan sekali lafaz sahaja.

View Original Article