
Animasi terbaru dari Indonesia, ‘Merah Putih’, baru-baru ini menerima kecaman hebat daripada netizen, terutama mengenai kualiti produksinya yang dianggap tidak setanding dengan bajet besar sebanyak 6.7 bilion rupiah (RM1.7 juta) yang diperuntukkan.
Ramai yang mengkritik hasil akhir animasi yang dianggap kurang memuaskan walaupun dana yang disediakan begitu besar.

Banyak netizen membandingkan ‘Merah Putih’ dengan animasi popular dari Malaysia seperti ‘Boboiboy’ dan ‘Upin & Ipin’, yang sering dipuji kerana kualiti dan kesan visual yang sangat menarik walaupun dengan bajet yang lebih kecil.
“Sebagai rakyat Indonesia, Upin dan Ipin memang terbaik,” tulis seorang netizen dalam komen yang viral.

Meskipun animasi ini sepatutnya menjadi kebanggaan Indonesia, kritikan daripada peminat animasi tanah air menunjukkan bahawa harapan terhadap produk tempatan masih tinggi dan mereka berharap industri animasi Indonesia dapat terus berkembang ke arah yang lebih baik.
Kecoh Kubur Upin Ipin Ditemui Di Indonesia, Ini Respon Pengasas Les' Copaque
The post “Sebab Tu Upin & Ipin Terbaik” – Netizen Indonesia Kecam Animasi Mereka Nampak Murah Meski Bajet RM1.7 Juta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


