Filem Blockbuster Titanic Kembali Semula Ke Pawagam Sempena Ulang Tahun Ke-25

EntertainmentMovie
9 Feb 2023 • 6:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Titanic lakonan Kate Winslet dan Leonardo DiCaprio kembali semula ditayangkan di pawagam bermula 9 Februari ini selepas 25 tahun sejak ia ditayangkan pada tahun 1997. - Gambar Instagram

Filem pecah panggung, Titanic kembali semula ditayangkan di pawagam bermula 9 Februari ini selepas 25 tahun sejak ia ditayangkan pada tahun 1997. 

Dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet, filem arahan James Cameron ini akan ditayangkan di pawagam IMAX secara 3D dan berdefinisi tinggi 4K yang akan memberikan pengalaman menonton lebih menakjubkan. 

Titanic pernah menjadi fenomena di seluruh dunia 25 tahun lalu. Filem ini juga telah memenangi 11 anugerah di Anugerah Academy edisi ke-70 pada tahun 1998 termasuklah anugerah Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Bukan itu sahaja, Titanic telah berjaya menjadi filem terlaris di dunia selama 12 tahun sebelum rekodnya dipecahkan oleh filem Avatar yang juga merupakan filem arahan James Cameron. 

Jangan lupa untuk menonton filem ini di pawagam berhampiran kerana ia hanya ditayangkan untuk jangka masa terhad sahaja. - Getaran, 9 Februari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved