Filem Konspirasi didakwa henti tayangan, Sarimah Ibrahim luah rasa kecewa

LocalMovie
29 May 2026 • 2:59 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Sarimah Ibrahim meluahkan rasa kecewa berkaitan filem Konspirasi yang didakwa dihentikan tayangan di pawagam

Pelakon, Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan rasa terkejut dan kecewa apabila mendakwa filem Konspirasi yang baru ditayangkan di pawagam tempatan dihentikan tayangannya secara mengejut selepas hanya kira-kira tujuh hari.

Menerusi perkongsian di media sosial, Sarimah mendakwa beberapa perubahan drastik berlaku sepanjang tempoh tayangan filem tersebut, termasuk poster promosi yang didakwa diturunkan di pawagam serta pengurangan waktu tayangan dalam tempoh beberapa hari sahaja selepas filem mula ditayangkan.

“Diberitahu last week hari kedua dah ada poster-poster Konspirasi diturunkan dan tak dibenarkan up kat pawagam. Tapi filem local lain yang diletak,” tulisnya.

Beliau turut menyatakan terdapat dialog dalam filem berkenaan yang didakwa telah dipotong semasa proses tapisan. Perkara tersebut menurutnya menimbulkan tanda tanya serta rasa kurang puas hati terhadap peluang dan ruang yang diberikan kepada karya tempatan.

Image from: Filem Konspirasi didakwa henti tayangan, Sarimah Ibrahim luah rasa kecewa
Baca juga:
Image from: Filem Konspirasi didakwa henti tayangan, Sarimah Ibrahim luah rasa kecewa

Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada pihak pengedar filem mahupun pihak pawagam berhubung dakwaan tersebut.

Sarimah menyifatkan pengalaman itu sebagai sesuatu yang ‘pelik’ dan memilih untuk bertenang, sambil memberi bayangan akan berkongsi lebih lanjut pada masa akan datang.

“Ni kali kedua sis menghadapi situasi sangat pelik pasal filem. Nak cerita semua kang terlebih spill segalanya. Maybe later. Persoalan menjadi gangguan.Jadi, ketenangan jadi pilihan,” katanya.

The post Filem Konspirasi didakwa henti tayangan, Sarimah Ibrahim luah rasa kecewa appeared first on The Reporter.

View Original Article